Monday, June 8, 2009

Virus H1N1 telah melanda PAS!!!

Nampaknya apa yang kita takutkan telah pun menampakkan tanda-tandanya. Aritu gua datang muktamar PAS, gua jadi menyirap jek tengok kebengongan kebanyakan perwakilan. Memang level pemikiran rendah.

Antara benda yg gua menyirap ialah :

1) Perwakilan bukannya berbahas usul, tapi diorg semua dok berceramah, berkuliah. Macam celaka! Muktamar ni dah la setahun sekali, pastu berbahas mcm celaka! Ternyata pendapat gua ni sama mcm apa yg TGNA tegur : http://malaysiakini.com/news/105985

2) Ada ustad bengong gi sound petugas media tak tutup aurat dlm ucapan perbahasannya. Bodoh, sape ajar ko dakwah mcm tu? Depan org ramai ko malukan petugas2 media non-muslim, pastu ko bangga. Celaka punya ulama!

3) Kebanyakan perwakilan berbahas tanpa hujah konkrit. Semua dok syok sendiri berceramah, pastu cakap pun nak ada style arab la konon. Ntah pape.

Tu je yg gua dapat tengok, pastu gua keluar jenjalan kat gerai2. Buang masa gua jek dengar perbahasan bodoh. Bukan semuanya bengong, tapi disebabkan kebanyakannya bengong, menyebabkan mood gua nak ikuti perbahasan terus padam.

Memang gua tak heran la nasha penipu tu boleh menang. Memang level pemikiran perwakilan cerdik sikit je dari perwakilan UMNO.

Sekarang ni nak menyesal pun dah tak guna. Lepas mamat nasha tu naik jek, terus buat kepala, hidupkan balik idea kerajaan perpaduan. Pastu selamba cakap pandangan TGNA tu cuma pendapat peribadi dia. Kurang ajar punya org! Lu bukannya rasa apa yg TGNA lalui selama ni nak pertahankan kerajaan Kelantan.

Gua rasa, dengan kemenangan hadi dan nasha ni, telah menghasilkan sebuah virus baru iaitu H1N1 (Hadi 1, Nasha 1) yang bakal meretakkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Walaupun kebanyakan grassroot tak sokong idea tu, tapi virus H1N1 ni mempunyai kedudukan yg power dlm PAS.

Gua tak tau nak cakap apa dah. Gua harap 3 naib pres dpt counter cepat sebelum sejarah pahit berulang. Adios

Thursday, June 4, 2009

Muktamar Pas: Pro-Umno atau Pro-Pakatan?

Oleh: Matsamankati

Muktamar Pas makin panas. Tahun ni tak macam tahun-tahun yang lalu. Sebelum ni aku tak pernah ambil pot pasai Muktamar Pas..tapi tahun ni lain sikit.

Aku kata lain sebab Pas berada dalam keadaan paling kuat. Dua negeri dikuasai oleh Pas..Nasib tak baik Perak dirampas oleh UBN…kalau tidak …ada tiga Menteri Besar dari Pas.

Dan muktamar kali ini juga diwakili oleh begitu banyak golongan. Ulama, professional, puak muqabalah, puak erdogan…tak tau pasai apa tiba-tiba begitu banyak mazhab dalam Pas.

Apakah puak professional tak boleh jadi ulama? Apakah ulama tidak professional? Apa yang membezakan ulama dan professional? Apakah mereka yang belajar di Timur tengah itu dikatakan ulama, dan layak memimpin Pas…manakala yang belajar di universiti tempatan itu hanya layak digelar professional dan tak layak memimpin Pas.

Fuh!! aku ingatkan …Pas for all..rupanya macam Animal Farm juga. “All animals are equal but pigs are more equal than others.”

Bagi aku…gelaran-gelaran dan puak-puak yang digembar-gemburkan dalam Pas ini hanyalah usaha untuk menjahanamkan Pas.
Dan bagi aku…dalam Pas cuma ada dua golongan…pro-Umno dan pro-Pakatan.

Pro-Umno lebih selesa bekerjasama dengan Umno..sebab depa merasakan lebih baik bekerjasama dengan Umno atas dasar Melayu/Islam. Bagi depa..DAP lebih bahaya dari Umno. PKR juga lebih teruk dari Umno.

Manakala pro-pakatan lebih professional politik mereka. Mereka berpegang kepada janji.

Politik Pas turun naik macam wau. Bila ditiup angin…dia naik. bila tak ada angin..dia jatuh. Dan angin ini bergantung kepada Umno. Bila Umno jatuh…Pas naik. Bila Umno naik..Pas jatuh.

Tahun 90…Umno jatuh disebabkan perbalahan Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Pas naik sampai dapat menawan Kelantan. Tahun 99, Pas dapat menambah satu lagi negeri…Terengganu…bila Anwar bergaduh dengan Mahathir.

Tahun 2004, Umno naik…dan Pas jatuh sampai hilang Terengganu. Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tahun 2008, Pas naik balik bila Mahathir bergaduh dengan Pak Lah. Pas dapat menawan Kedah dan menambah kerusi dengan banyak dinegeri-negeri lain.

Tetapi setiap kali Pas naik…yang bagi jatuh bukan sahaja Umno…tapi orang dalam Pas sendiri.

Tahun 99, Pas naik bila Anwar bergaduh dengan Mahathir. Tapi bila menang…Pas ingat orang sokong perjuangan dia. Dan ramai pemimpin Pas jadi besar kepala..terutama diTerengganu. Barisan Alternatif hanya tunggangan untuk mencari kemenangan…bila menang, BA diketepikan. Hj. Hadi…dengan bantuan penasihat-penasihat dari Terengganu…tidak memerlukan BA. Hasilnya…BA lingkup.

Tahun 2004…tak payah cakap. Dengan kekuatan Pak Lah dengan imej Mr. Clean…dan BA yang cacamarba…semua lingkup.

Selepas 2004, Anwar dibebaskan. Dari situ BA dipulihkan kembali. DAP yang meninggalkan BA juga kembali bersama walaupun tidak kembali kedalam BA. Tetapi Anwar berjaya menyatupadukan Pas, PKR dan DAP.

Tahun 2008…BA dan DAP berjaya memenangi 5 negeri dan terlahirlah Pakatan Rakyat. Pas mendapat dua negeri dan tiga Menteri Besar.

Tapi ada pemimpin Pas yang lupa diri. Bila menang…mereka kembali keperangai asal…melupakan kawan yang menaikkan mereka. Mereka lebih suka kepada musuh yang ditentang semasa pilihanraya…daripada rakan yang membantu mereka mencapai kejayaan. Mereka sanggup menikam kawan dan berpeluk dengan musuh. Dan ironisnya…mereka-mereka inilah yang dikategorikan sebagai golongan ulama.

Sebaik saja keputusan pilihanraya 2008 diumumkan…Hasan Ali berlari menemui Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan diSelangor. Masa aku mula-mula menulis perkara ini dulu…teruk aku kena maki hamun. Akhirnya kebenaran terserlah juga bila Pak Lah sendiri mengakuinya.

Tak habis disitu…ada pula usaha untuk bermuzakarah dengan Umno. Bila aku tulis tentang pertemuan di London diantara pemimpin Pas yang diketuai oleh Ustaz Nasharudin dengan pemimpin Umno…dengan bersaksikan wakil dari Ikhwanul Muslimin..lagi sekali aku kena maki. Mahfuz dan Ustaz Nasha juga mengeluarkan amaran akan menyaman mereka yang menyebarkan cerita. Masa tu ada tiga orang yang bercakap tentang pertemuan ini…Penarik Beca..Raja Petra dan Matsamankati. Tapi sampai hari ini tak ada sapa yang kena saman…sebab akhirnya rahsia tersebut pecah juga… dan apa yang kami cakapkan adalah benar.

Bukan setakat cerita itu benar..malah segala kertas cadangan untuk kerjasama tersebut telah dipersetujui! Tetapi apabila rahsia tersebut terbongkar…segala perancangan tersebut tidak berjaya.

Kemudian…mungkin kita masih ingat 16 September. Mengapa gagal? Siapa yang menggagalkannya?

16 September gagal kerana Hj. Hadi enggan bersetuju..kerana jumlah Ahli Parlimen Melayu/Islam dalam Pakatan Rakyat lebih rendah berbanding Bukan Melayu/Islam.

Hj. Hadi lebih rela Umno memegang kuasa daripada membiarkan Anwar menjadi Perdana Menteri…dengan jumlah Ahli Parlimen Melayu yang lebih sikit dari bukan Melayu. Walaupun Anwar sudah meyakinkan Hj. Hadi …bahawa lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan menyertai Pakatan Rakyat bila tiba masanya..tapi Hj. Hadi enggan menerimanya.

Aku bukan nak menyalahkan semuanya kepada Hj. Hadi…kerana Hj. Hadi menerima nasihat dari penasihat-penasihatnya. Dan lebih malang…bila penasihat Hj. Hadi seperti Mustafa Ali dan Ustaz Nasha merupakan penyokong Umno…bukan penyokong Pakatan Rakyat.

Kalau dulu aku cerita benda ni…lagi teruk aku kena maki. Tapi bila orang Pas sendiri bukak cerita dan ia bukan menjadi rahsia lagi..baru aku cerita. Bukan pasai aku cuba menyembunyikan kebenaran…tapi biarlah orang Pas sendiri yang sedar. Tak la teruk aku kena maki lagi.

Mengapa Ustaz Nasha beria-ia benar nak berpeluk dengan Umno dan meninggalkan rakan-rakan yang menjulang Pas sehingga ketahap sekarang? Mengapa semasa kempen…Umno tu teruk sangat dan bila menang…DAP dan PKR pulak yang teruk? Mengapa pengundi-pengundi ditipu?

Dan orang-orang yang mahu berpeluk dengan Umno ini…sekarang dikategorikan sebagai Ulama…manakala yang taat kepada janji-janji pilihanraya..tidak layak dipanggil Ulama…tetapi sekadar Professional! Dan orang professional tidak layak memimpin Pas!

Apakah kerja Ulama itu memperkudakan rakan-rakan untuk naik…dan memperdayakan pengundi untuk menang pilihanraya? Dan bila menang…kuda-kuda tunggangan patut ditembak mati dan pengundi-pengundi yang menyokong dulu diketepikan?

Muktamar Pas kali ini akan menjadi ‘turning point’ sama ada Pas akan naik lagi dalam pilihanraya akan datang…atau jatuh sekali lagi.

Dan sekiranya ahli-ahli Pas memilih mereka yang mahu berpeluk dengan Umno..Pakatan Rakyat akan jatuh lagi macam BA tahun 2004. Pas bukan sahaja akan dilihat gagal mengurus kemenangan…malah akan dilihat sebagai tidak tahu menunaikan janji.

Kenapa Ulama Angkuh & Perasan Sangat Ni??

Gua banyak kecewa dengan tahap perbahasan dalam muktamar dewan pemuda dan dewan ulama hari ni.

SHAH ALAM, 4 Jun - Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48 menerima sebulat suara usul untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulamak dalam menerajui jawatan parti dengan jawatan Presiden, Timbalan dan salah seorang naib presiden terdiri daripada kalangan ulamak.

Usul tersebut dikemukakan oleh dewan Ulamak PAs Terengganu selain dua usul yang diterima tanpa perbahasan dari Dewan Ulamak PAS Kelantan.

"Memandangkan para ulamak banyak memegang peranan sebagai pemimpin dan mengembangkan PAS ke seluruh tanah air sehingga PAS bukan sahaja diterima oleh orang Islam dan bukan Islam tetapi juga di persada antarabangsa," katanya.

Ulamak juga ujarnya sentiasa memimpin perubahan berlandaskan siyasah syar'iyyah.

"ia adalah bertunjangkan kepada usul kepimpinan ulamak yang diterima dalam muktamar PAS kali ke23 yang berlangsung pada 29 April 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur," ujarnya.

Usul tersebut yang sebelum ini pernah dibincangkan itu, turut disokong oleh Dewan Ulamak PAS Selangor.

Sementara itu, usul daripada Dewan Ulamak PAS Kelantan yang diterima tanpa perbahasan ialah mengesyorkan supaya diperuntukkan cuti bergaji penuh kepada isteri-isteri yang bekerja dengan kerajaan Pakatan Rakyat dan kerajaan persekutuan walaupun selepas bersalin anak kelima.

"Selain itu Dewan Ulamak PAS Kelantan juga mencadangkan agar Dewan Ulamak PAS dan negeri supaya mengadakan buletin khas versi kefahaman Islam untuk diedarkan ke seluruh negara kepada ahli dan penyokong Pakatan rakyat khususnya untuk non muslim supaya mereka tidak disesatkan oleh BN dalam memahami Islam," demikian ujarnya.

Gua rasa mungkin PAS masih belum mahu bersedia memimpin Malaysia. Gua rasa problem utama dikalangan pimpinan Dewan Ulama ngan Dewan Pemuda ialah soal memahami waqi' dan konteks negara. Diorg jugak tak paham tentang seni nak mengarus perdanakan Islam di Malaysia.

Gua terpaksa bersetuju ngan Aduka Taruna, ulama genetik melayu ni kebanyakannya memang bodoh. Terutamanya genetik Terengganu.

Paradigma, cara berfikir ulama melayu angkuh ni memang bikin gua menggelegak je. Bahlol!!!

Kenyataan yg paling gua tak boleh tahan nak muntah ialah : "Memandangkan para ulamak banyak memegang peranan sebagai pemimpin dan mengembangkan PAS ke seluruh tanah air sehingga PAS bukan sahaja diterima oleh orang Islam dan bukan Islam tetapi juga di persada antarabangsa,"

Perasan dan angkuh sungguh!!!

Kononnya, golongan ulama je la yg BERJASA BESAR dalam PAS, yg memberikan kemenangan PAS dalam PRU-12 sehingga kini. Ayat celaka dan angkuh!! Setiap kali muktamar, dewan ulama bukan main cakap bdegar2 lagi, lepas tu senyap sejuk sampai muktamar seterusnya.

Bagi gua, dalam PAS ni cuma ada 2 org yg gua boleh panggil sebagai ulama. TGNA dan Ust Tuan Ibrahim. Yg lain2 tu toksah nak perasan, kang gua ludah lu org. Dah la pemalas, otak lembab, kerja pun slow, pastu angkuh dalam muktamar. Pastu buat kenyataan bodoh pada media musuh, mencemarkan imej parti.

PAS For All, Not For Stupid Arrogant Ulama.

Dengan ini, gua mengisytiharkan bahawa gua amat memusuhi ulama angkuh & perasan, dan gua mendokong kepimpinan ulama versi TGNA & Ust Tuan.

Moga Allah selamatkan PAS daripada ulama2 angkuh & perasan ini.

Wednesday, June 3, 2009

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU KITA (RECALL SIRI 1)

"Manusia sering berjaya apabila ditimpa ujian berbentuk kesusahan, tetapi sering kecundang oleh ujian kemenangan."

Melayu PAS mudah lupa.

Tapi Mursyidul Am PAS tidak. Parut luka PAS ditendang daripada BN masih berbekas di hati TGNA.

"Manusia yang SEDAR adalah manusia yg MEMAHAMI sejarah. Kita sering melupakan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita."

Baca lah sejarah ini mengikut turutannya :

1) It’s Stupid for PAS to Join BN/UMNO

2) Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional

3) Pak Lah Confirms PAS-UMNO Meeting/Pak Lah Mengesahkan Pertemuan PAS-UMNO

4) Percubaan Usang Khir Toyo Untuk Memecahkan PAS

5) PAS DiAjar Sunnah “Al Amanah” oleh Seorang Sekularis Bernama Karim Raslan

6) Muzakarah: Another Perspective

7) Apabila Timbalan Presiden PAS Bercakap Laksana Seorang Ahli UMNO

8) Laporan Pemeriksaan Saiful – Apa Reaksi “Fraksi UMNO” Dalam PAS?

9) Roslan SMS, Berhentilah Mengarut

10) Menilai Hujjah Menyokong Kemasukan PAS Ke Dalam BN

Sejarah tidak pernah menipu....

Tuesday, June 2, 2009

UMNO-BN menghitung hari-hari terakhirnya...

Seperti yang gua nyatakan sebelum2 ni, gua menghormati dan menyayangi Mat Sabu, sbb dia ada jasa yg banyak dalam parti. Dia salah seorang pimpinan PAS yang gua senangi.

Tapi gua lebih lebih lebih lagi sayangkan jamaah ini.

Sebab tu gua sangat objektif. Based on keperluan FASA yang sedang PAS lalui sekarang ni. Gua nak level pemikir tahap tinggi yang boleh menggelabahkan think tank UMNO-BN. Pemikir yg membuatkan Utusan Malaysia menggigit jari kaki selepas pemilihan ni. Kalau level aktivis mcm Mat Sabu, cuma polis & FRU je yang menggelabah. Mat Sabu ada kelebihan sendiri, tapi belum cukup ramuan untuk menjatuhkan UMNO-BN.

Sebab tu gua banyak kali tegaskan, bila nak pilih Timb Pres kali ni, kita kena lihat the big picture & the whole picture. Tengok 10 tahun ke hadapan. Kita kena tengok melalui sudut pandang dalam parti dan juga konteks negara.

Apa la yg penting sangat jawatan Timb Pres ni?

1) Letak mindset ni : Pemilihan kepimpinan PAS kali ni adalah pemilihan bakal kepimpinan negara. Untuk mengurus negara, pimpinan yg mesti naik ialah pimpinan yg TERUJI dari aspek PEMIKIRAN, PENGURUSAN, KELICIKAN POLITIK & PENTADBIRAN. Pimpinan kali ini mestilah kepimpinan yang mampu duduk semeja dengan semua kaum, dihormati kerana keintelektualannya, dan mampu menjadi pemimpin menyatukan PR seandainya anwar kena humban dlm ISA sekali lg. Pimpinan kali ni mestilah pimpinan yg mampu membawa PAS ke dalam mainstream negara, merangkul undi Melayu dan semua kaum. Bukan syok sendiri mengurus parti sahaja.

2) PAS kini dalam fasa terakhir untuk melangkah ke Putrajaya. Selepas muktamar ni, kepimpinan akan mempersiapkan PAS untuk menggembleng seluruh strategi dan tenaga ke arah misi tersebut. Bukan sekadar mengatur strategi, malah membuat bacaan2 politik yang TEPAT untuk memastikan langkah diatur secara berhati2. UMNO-BN pasti tidak akan berdiam diri, dan think tank mereka akan memulakan psychological war dan perangkap2 baru untuk membunuh harapan PAS & PR mengambil alih kerajaan pusat.

3) Keberanian adalah antara syarat penting sebagai TP, tapi ia bukan yg paling penting. Yg terpenting ialah KEKUATAN STRATEGI dan SENI POLITIK, kerana TP akan menjadi org paling KANAN kepada Pres, yg akan memberikan nasihat2 penting apabila PAS menghadapi psychological war ini. Ia memerlukan KETAJAMAN FIKIRAN, KEPANTASAN TINDAKAN dalam membuat bacaan2 politik yg TEPAT pada konteks.

4) TP akan menjadi penasihat dan check & balance terbaik yg akan mengimbangi penasihat2 disekeliling Presiden. Pemilihan TP yg tepat akan memastikan Presiden sentiasa mendapat sudut pandang yg pelbagai dan rencam, bukannya sealiran saja. Gandingan antara ulama' (hadi) dan pemikir (husam) merupakan gandingan yang TERBAIK sebagai peneraju utama Majlis Eksekutif dan dipandu oleh nakhoda yang TEGAS (TGNA).

Gua faham Mat Sabu skrg ni dah tak boleh nak gostan drp btanding TP dan tiada pilihan selain menang. Dan gua pun paham Mat Sabu pun ada tukang kempen yg tsendiri.

Cumanya, lepas gua analisa hujah2 tukang kempen Mat Sabu ni, gua nak bagi pandangan sket la. Gua pasti ni bukan Mat Sabu yg arahkan cara kempen diorg, dan gua paham, biasa la, nak menangkan Mat Sabu, mestila ada strategi sendiri.

1) Awal kempen (sebelum Husam sahkan btanding), tukang kempen Mat Sabu bagi hujah camni : Kawasan2 semua kena undi Mat Sabu, sebab bimbang Husam tak jadi btanding, so takdela bagi Nasa menang percuma. Yang penting ialah kena tolak Nasa.

2) Pertengahan kempen (lepas Husam sahkan btanding), tukang kempen Mat Sabu cakap camni plak : Perwakilan semua kenala undi Mat Sabu, sebab diorg dapat tau TGNA akan serahkan jawatan MB kelantan pada Husam tak lama lagi. So kalau pwakilan undi Husam jadi TP pun tak guna, sebab nanti Husam akan bz jaga kelantan. Yang penting jangan menangkan Nasa.

3) Akhir2 kempen, tukang kempen guna hujah ni plak : Memandangkan Husam dah kena serang teruk dalam media, dan dilabel dengan mcm2 label, pro-anwar, erdogan, gila kuasa, tak wala' pada presiden (FITNAH YG TAK DAPAT DIBUKTIKAN), jadi lebih baik la perwakilan undi Mat Sabu, sebab harapan Husam nak menang dah tipis. lebih baik menangkan Mat Sabu daripada biarkan Nasa menang.

4) Hujah akhir : Undi la Mat Sabu kali ni, sebab dia lebih tua dari Husam. Pemilihan akan datang, pilihlah Husam pulak. (Yg ni hujah yg aku paling kurang senang).

Gua kurang senang dengan hujah2 ni. Gua tau lu org nak Mat Sabu menang.

Gua tau Mat Sabu ni aktivis. Tapi gua lebih prefer PILIHAN YG TEPAT untuk PAS.

Husam ni level pemikir. Gandingan 2H (hadi-husam) pasti akan menoktahkan hayat UMNO-BN menjelang PRU-13.

Ni pandangan gua la. Apapun, gua wish good luck pada tukang2 kempen Mat Sabu.

Gua tetap gua, sebelum atau selepas pemilihan. Wala' gua pada Allah & Rasul, berwasilahkan perjuangan PAS. Gua mohon maaf kpd tukang kempen Mat Sabu. Gua bagi hujah, bukan sebab tak suka Mat Sabu, cuma gua rasa dia kurang sesuai sbg TP. Adios.

NASA GEMBIRA JIKA HUSAM-MAT SABU PECAH UNDI

Gua kurang setuju dengan saranan Malaysiawaves baru2 ni dalam http://www.malaysiawaves.com/2009/05/kalau-tak-suka-husam-undilah-mat-sabu.html

Bukan apa, pertandingan jawatan TP ni adalah 3 penjuru. Kalau perwakilan ikut nasihat Malaysiawaves, gua bimbang akan menyebabkan pecah undi plak diantara mat sabu ngan husam. Sebab gua yakin Nasa pasti dah ada undi solid dari perwakilan yg menyokong dia.

Ok, katakan la Nasa dapat undi 40 %, tapi kalau Husam ngan Mat Sabu split jadi 30% - 30%, maknanya Nasa la boleh menang. Gua tak sanggup tengok benda ni berlaku.

Pandangan gua, sekarang ni pwakilan kena letak mindset "straight-fight" antara watak protagonis (Husam) vs antagonis (Nasa).

Hujah aku kenapa Husam perlu diutamakan berbanding Mat Sabu ialah :

1) Husam adalah calon yg paling teruk diserang oleh media2 UMNO-BN, manakala Mat Sabu sangat kurang mendapat liputan. Ini menunjukkan bahawa jika Husam menang, ia akan memberi KERUGIAN BESAR kepada mereka, manakala jika Mat Sabu menang, mereka tidak terasa TERANCAM sangat.

2) Husam merupakan anak didik TGNA selama hampir 20 tahun. TGNA telah mentarbiyah dan mempersiapkan Husam sebagai aset penting PAS di peringkat negeri dan nasional. Husam pernah menjadi ahli parlimen yg digeruni kerajaan, sehinggakan Mahafiraun dan daim pernah menawarkan jawatan dan tawaran berjuta2 ringgit untuk memancing Husam masuk UMNO-BN. Tarbiyah TGNA terhadap beliau telah menyaksikan Husam menolak kesemuanya.

3) Husam telah membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan program2 yg bersifat serampang banyak mata, iaitu turut sama mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap praktikaliti Islam dalam menyelesaikan masalah umat. Husam merupakan arkitek penting yg memperkukuhkan kembali kemenangan PAS di kelantan melalui pelaksanaan program2 pembangunan rakyat kelantan.

4) Husam sering mendahului dari aspek penyelesaian masalah. Lihat saja isu Perak, bagaimana Husam telah mengambil inisiatif bertemu dengan musuh dan berjaya menyatukan pandangan komponen2 BN supaya DUN Perak dibubarkan, sebagai suatu bentuk internal force kepada UMNO. Husam memang level pemikir yg wajar diletak ke timb pres untuk membantu hadi dengan berkesan

5) Semua tuduhan terhadap Husam TIDAK PERNAH dapat dibuktikan oleh pemfitnah2. Malah Husam telah berjaya melalui zaman pentadbiran Kelantan tanpa melakukan sebarang penyelewengan. Segala tuduhan liar yg dilemparkan, telah berjaya dibuktikan sebagai TIDAK BENAR.

Gua sayangkan Mat Sabu. Tapi gua lebih sayangkan parti. Sebab tu, bagi gua, kalau pwakilan BENAR2 nak angkat parti dan membawanya JAUH ke depan, pwakilan WAJIB memilih calon yang PALING TEPAT, iaitu Husam. Sebab dengan naiknya Husam, akan mempercepatkan proses pengebumian UMNO-BN.

Perwakilan perlu sedar bahawa pemilihan kali ini berbeza dengan pemilihan sebelum2 ini. Ia bukan berlegar di sekitar organisasi PAS semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan soal memilih kepimpinan negara menjelang PRU-13. Seandainya PR berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, maka kepimpinan parti yg dipilih dalam muktamar kali ini perlu bersedia untuk memimpin kerajaan. Maka, pwakilan perlu memastikan kabinet PAS kali ini dibarisi oleh pimpinan2 "government-in-waiting" bersama rakan2 PR, yg bersedia untuk menjadi pemimpin rakyat berbilang kaum kelak.

Sekarang masanya utk membuat PILIHAN TEPAT.

Keraguan2 yg ditimbulkan terhadap Husam TIDAK PERNAH DAPAT dibuktikan. Maka, UNDI SOLID wajib diberi kepada Husam. Mat Sabu harus memberi laluan kepada Husam kerana lu org berdua mempunyai fikrah yg sama, iaitu pro-PR.

Jangan pecahkan undi. Kerana jika undi pecah antara Husam dan Mat Sabu, Nasa akan tersenyum gembira. Buat lah pilihan yg tepat dan solid. Undi solid kepada Husam lah yang akan memenangkannya terhadap Nasa. Ini soal halatuju PAS. Sama ada condong kepada UMNO-BN atau condong kepada PR.

Jika mahukan PR mengkafankan SEGERA kabilah UMNO-BN, pilih lah Husam Musa.

Gua tak sanggup tengok Husam dan Mat Sabu masing2 dapat undi 30%.

Jangan kecewakan rakyat Malaysia.

Monday, June 1, 2009

PEMECAH BERITA!!! MUSTAFA ALI WAJIB DIPECAT!!!

PEMECAH BERITA !!!

Semalam, kawan gua dari Kedah call gua, bgtau satu cerita panas beb.

Member gua bagitau yg Mustafa Ali (Cikgu Pa) dah salahguna kuasa dia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan kali ni. Ada 2 kesalahan NYATA yg dia dah buat :

1) Cikgu Pa telah turun ke Kedah utk jumpa Ust Azizan. Motifnya? Nak cuba pujuk dan deal ngan Ust Azizan utk pengaruhi YDP2 kawasan kat kedah spy undi Nasa sebagai Timb Pres. Apa cite Pengerusi SPR PAS tolong berkempen utk Nasa?? Gua rasa baik perwakilan kemukakan usul supaya pecat Cikgu Pa drp jawatannya, sebab dah melanggar etika dan akhlak sebagai Pengerusi SPR.

2) Cikgu Pa telah cuba mempengaruhi Ustazah Nuridah, calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, untuk menarik diri daripada bertanding, dan memberi laluan kepada adiknya (Dr Asiah Ali). Bab ni yg aku paling tak puas hati. Dah la melanggar etika, pastu ada unsur2 kronisme, nak memenangkan adik sendiri menggunakan cara yg kotor.

Gua dapat info ni daripada sumber yg sahih. Kalau korg semua tak percaya, boleh tanya Ust Azizan sendiri utk kes 1) dan tanya Ustazah Nuridah sendiri utk kes 2).

Nampaknya geng2 Nasa ni dah guna taktik kotor untuk mengekalkan jawatan sebagai Timb Pres. Memperkudakan Pengerusi SPR pemilihan, dan bekerjasama dengan Utusan Melayu sebagai lidah rasmi.

Tapi Utusan Malaysia lupa, bahawa perwakilan2 PAS kali ni lebih bijak dalam membaca percaturan keji UMNO-BN. Perwakilan dah nampak semacam apabila Utusan Malaysia tanpa segan silu memuja Nasa, dan membalun Husam seteruk-teruknya. Budak darjah satu pun tau ni semua menunjukkan bahawa kemenangan Nasa akan memberi KEUNTUNGAN BESAR kepada UMNO-BN, dan kemenangan Husam akan membawa KERUGIAN BESAR kepada percaturan UMNO-BN. Patutnya kalau la Husam ni betul2 ada agenda nak rosakkan PAS, patutnya Utusan Malaysia akan biarkan je Husam menang. Sebaliknya, Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO telah memburuk2kan Husam dan meminta perwakilan PAS memelihara perjuangan PAS selama ini. Aik? Gila ke apa ni?

Takkan kita nak kena tipu hidup2 dengan percaturan media musuh yg selama ini sering menyerang ulama2 PAS?

Apakah percaturan UMNO-BN ini? Percaturan mereka ialah untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat sebelum tiba PRU-13, dan UMNO-BN tahu bahawa senjata terbaik untuk meruntuhkan komitmen PAS dalam PR ialah dengan menggunakan “orang dalam”, (bak kata TG Haron Din), iaitu org yg hatinya, fikirannya, tindaktanduknya, aktivitinya TIDAK menjurus kepada usaha memperkukuhkan PAS dalam PR. Bukan sahaja tidak berminat nak perkukuhkan PAS dalam PR, malah menjual nama Majlis Syura Ulama untuk menghalalkan pertemuan sulit dengan pimpinan UMNO-BN, disamping menipu AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan sendiri. Ini antara kekesalan Mahfuz Omar tentang penipuan "orang dalam". Boleh baca kat sini : http://gemasuara.blogspot.com/2008/07/surat-terbuka-mohon-maaf-daripada-ketua.html

Memandangkan “orang dalam” itu mempunyai KPI, prestasi yg sangat mandom di dalam parti dan sebagai ahli parlimen, maka perang saraf telah dilancarkan oleh penyokong2 “orang dalam”, kononnya “kepimpinan ulama terancam”, “erdogan vs ulama”, “ulama vs professional” dan macam2 lagi momokan. Tujuannya hanyalah untuk MENGALIHKAN perhatian perwakilan daripada menilai track record, report card, KPI dan merit calon2 yg bertanding.

Walhal TGNA dah banyak kali sebut bahawa isu itu tidak relevan kerana PAS sudah ada Majlis Syura Ulama untuk menjaga, memandu dan menasihati Majlis Eksekutif PAS sepanjang masa. Perlembagaan PAS juga telah menetapkan bahawa sesiapa sahaja boleh diangkat sebagai kepimpinan, kerana konsep kepimpinan ulama sudah didokong dengan kewujudan institusi Majlis Syura Ulama.

Gua dengar cerita, pada awalnya ramai la jugak perwakilan yg TERMAKAN dengan momokan2 yg dijaja oleh parasit2 dalam PAS. Tapi menjelang pemilihan ni, gua dengar ramai perwakilan dah tau duduk perkara yg sebenar, dan kebanyakannya rasa menyesal kerana telah termakan dengan hasutan yg takde asas.

Apapun, gua yakin Allah akan pelihara PAS dengan menyelamatkannya daripada menjadi mangsa percaturan “orang dalam” PAS dan “majikannya”(UMNO-BN).

Gua juga yakin UMNO-BN akan kecewa besar pada muktamar kali ni, apabila perwakilan membuat keputusan bijak untuk TIDAK mengundi calon pilihan Utusan Malaysia (Nasa), sebaliknya memilih calon yg DIBENCI oleh Utusan Malaysia (Husam).

Ucapan terakhir gua untuk “orang dalam” dan UMNO-BN :

Selamat tinggal UMNO-BN ke lembah kehancuran bersama fraksi2 mereka dalam PAS!!!

Selamat tinggal muqabalah!!!

Selamat menggigit jari kaki melihat perwakilan PAS memartabatkan Islam menjelang PRU-13!!!