Tuesday, June 2, 2009

UMNO-BN menghitung hari-hari terakhirnya...

Seperti yang gua nyatakan sebelum2 ni, gua menghormati dan menyayangi Mat Sabu, sbb dia ada jasa yg banyak dalam parti. Dia salah seorang pimpinan PAS yang gua senangi.

Tapi gua lebih lebih lebih lagi sayangkan jamaah ini.

Sebab tu gua sangat objektif. Based on keperluan FASA yang sedang PAS lalui sekarang ni. Gua nak level pemikir tahap tinggi yang boleh menggelabahkan think tank UMNO-BN. Pemikir yg membuatkan Utusan Malaysia menggigit jari kaki selepas pemilihan ni. Kalau level aktivis mcm Mat Sabu, cuma polis & FRU je yang menggelabah. Mat Sabu ada kelebihan sendiri, tapi belum cukup ramuan untuk menjatuhkan UMNO-BN.

Sebab tu gua banyak kali tegaskan, bila nak pilih Timb Pres kali ni, kita kena lihat the big picture & the whole picture. Tengok 10 tahun ke hadapan. Kita kena tengok melalui sudut pandang dalam parti dan juga konteks negara.

Apa la yg penting sangat jawatan Timb Pres ni?

1) Letak mindset ni : Pemilihan kepimpinan PAS kali ni adalah pemilihan bakal kepimpinan negara. Untuk mengurus negara, pimpinan yg mesti naik ialah pimpinan yg TERUJI dari aspek PEMIKIRAN, PENGURUSAN, KELICIKAN POLITIK & PENTADBIRAN. Pimpinan kali ini mestilah kepimpinan yang mampu duduk semeja dengan semua kaum, dihormati kerana keintelektualannya, dan mampu menjadi pemimpin menyatukan PR seandainya anwar kena humban dlm ISA sekali lg. Pimpinan kali ni mestilah pimpinan yg mampu membawa PAS ke dalam mainstream negara, merangkul undi Melayu dan semua kaum. Bukan syok sendiri mengurus parti sahaja.

2) PAS kini dalam fasa terakhir untuk melangkah ke Putrajaya. Selepas muktamar ni, kepimpinan akan mempersiapkan PAS untuk menggembleng seluruh strategi dan tenaga ke arah misi tersebut. Bukan sekadar mengatur strategi, malah membuat bacaan2 politik yang TEPAT untuk memastikan langkah diatur secara berhati2. UMNO-BN pasti tidak akan berdiam diri, dan think tank mereka akan memulakan psychological war dan perangkap2 baru untuk membunuh harapan PAS & PR mengambil alih kerajaan pusat.

3) Keberanian adalah antara syarat penting sebagai TP, tapi ia bukan yg paling penting. Yg terpenting ialah KEKUATAN STRATEGI dan SENI POLITIK, kerana TP akan menjadi org paling KANAN kepada Pres, yg akan memberikan nasihat2 penting apabila PAS menghadapi psychological war ini. Ia memerlukan KETAJAMAN FIKIRAN, KEPANTASAN TINDAKAN dalam membuat bacaan2 politik yg TEPAT pada konteks.

4) TP akan menjadi penasihat dan check & balance terbaik yg akan mengimbangi penasihat2 disekeliling Presiden. Pemilihan TP yg tepat akan memastikan Presiden sentiasa mendapat sudut pandang yg pelbagai dan rencam, bukannya sealiran saja. Gandingan antara ulama' (hadi) dan pemikir (husam) merupakan gandingan yang TERBAIK sebagai peneraju utama Majlis Eksekutif dan dipandu oleh nakhoda yang TEGAS (TGNA).

Gua faham Mat Sabu skrg ni dah tak boleh nak gostan drp btanding TP dan tiada pilihan selain menang. Dan gua pun paham Mat Sabu pun ada tukang kempen yg tsendiri.

Cumanya, lepas gua analisa hujah2 tukang kempen Mat Sabu ni, gua nak bagi pandangan sket la. Gua pasti ni bukan Mat Sabu yg arahkan cara kempen diorg, dan gua paham, biasa la, nak menangkan Mat Sabu, mestila ada strategi sendiri.

1) Awal kempen (sebelum Husam sahkan btanding), tukang kempen Mat Sabu bagi hujah camni : Kawasan2 semua kena undi Mat Sabu, sebab bimbang Husam tak jadi btanding, so takdela bagi Nasa menang percuma. Yang penting ialah kena tolak Nasa.

2) Pertengahan kempen (lepas Husam sahkan btanding), tukang kempen Mat Sabu cakap camni plak : Perwakilan semua kenala undi Mat Sabu, sebab diorg dapat tau TGNA akan serahkan jawatan MB kelantan pada Husam tak lama lagi. So kalau pwakilan undi Husam jadi TP pun tak guna, sebab nanti Husam akan bz jaga kelantan. Yang penting jangan menangkan Nasa.

3) Akhir2 kempen, tukang kempen guna hujah ni plak : Memandangkan Husam dah kena serang teruk dalam media, dan dilabel dengan mcm2 label, pro-anwar, erdogan, gila kuasa, tak wala' pada presiden (FITNAH YG TAK DAPAT DIBUKTIKAN), jadi lebih baik la perwakilan undi Mat Sabu, sebab harapan Husam nak menang dah tipis. lebih baik menangkan Mat Sabu daripada biarkan Nasa menang.

4) Hujah akhir : Undi la Mat Sabu kali ni, sebab dia lebih tua dari Husam. Pemilihan akan datang, pilihlah Husam pulak. (Yg ni hujah yg aku paling kurang senang).

Gua kurang senang dengan hujah2 ni. Gua tau lu org nak Mat Sabu menang.

Gua tau Mat Sabu ni aktivis. Tapi gua lebih prefer PILIHAN YG TEPAT untuk PAS.

Husam ni level pemikir. Gandingan 2H (hadi-husam) pasti akan menoktahkan hayat UMNO-BN menjelang PRU-13.

Ni pandangan gua la. Apapun, gua wish good luck pada tukang2 kempen Mat Sabu.

Gua tetap gua, sebelum atau selepas pemilihan. Wala' gua pada Allah & Rasul, berwasilahkan perjuangan PAS. Gua mohon maaf kpd tukang kempen Mat Sabu. Gua bagi hujah, bukan sebab tak suka Mat Sabu, cuma gua rasa dia kurang sesuai sbg TP. Adios.

2 comments:

Kepala Kote Berjambol said...

aku harap Pas tak jadi macam Umno...ada org Najib,ada org Mahadir,ada org Dolah,ada org Muhyidin.Pas belum perintah negara,Pas belum diuji dgn kedudukan tertinggi negara.....

ibnushiekh said...

wa pun setuju sama lu mat sabu bukan tak bagus tapi husam lebih sesuai dengan imej keintelektualannya untuk berganding TGHH.Ntah mengikut firasat wa rasa husam lagi baguih dari segi taktikal,mendekatkan hubungan antara kaum,dan berdepan dengan UMNO secara lebih bijak dan dapat menyekat taktik2 kotor umno.