Monday, June 1, 2009

PEMECAH BERITA!!! MUSTAFA ALI WAJIB DIPECAT!!!

PEMECAH BERITA !!!

Semalam, kawan gua dari Kedah call gua, bgtau satu cerita panas beb.

Member gua bagitau yg Mustafa Ali (Cikgu Pa) dah salahguna kuasa dia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan kali ni. Ada 2 kesalahan NYATA yg dia dah buat :

1) Cikgu Pa telah turun ke Kedah utk jumpa Ust Azizan. Motifnya? Nak cuba pujuk dan deal ngan Ust Azizan utk pengaruhi YDP2 kawasan kat kedah spy undi Nasa sebagai Timb Pres. Apa cite Pengerusi SPR PAS tolong berkempen utk Nasa?? Gua rasa baik perwakilan kemukakan usul supaya pecat Cikgu Pa drp jawatannya, sebab dah melanggar etika dan akhlak sebagai Pengerusi SPR.

2) Cikgu Pa telah cuba mempengaruhi Ustazah Nuridah, calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, untuk menarik diri daripada bertanding, dan memberi laluan kepada adiknya (Dr Asiah Ali). Bab ni yg aku paling tak puas hati. Dah la melanggar etika, pastu ada unsur2 kronisme, nak memenangkan adik sendiri menggunakan cara yg kotor.

Gua dapat info ni daripada sumber yg sahih. Kalau korg semua tak percaya, boleh tanya Ust Azizan sendiri utk kes 1) dan tanya Ustazah Nuridah sendiri utk kes 2).

Nampaknya geng2 Nasa ni dah guna taktik kotor untuk mengekalkan jawatan sebagai Timb Pres. Memperkudakan Pengerusi SPR pemilihan, dan bekerjasama dengan Utusan Melayu sebagai lidah rasmi.

Tapi Utusan Malaysia lupa, bahawa perwakilan2 PAS kali ni lebih bijak dalam membaca percaturan keji UMNO-BN. Perwakilan dah nampak semacam apabila Utusan Malaysia tanpa segan silu memuja Nasa, dan membalun Husam seteruk-teruknya. Budak darjah satu pun tau ni semua menunjukkan bahawa kemenangan Nasa akan memberi KEUNTUNGAN BESAR kepada UMNO-BN, dan kemenangan Husam akan membawa KERUGIAN BESAR kepada percaturan UMNO-BN. Patutnya kalau la Husam ni betul2 ada agenda nak rosakkan PAS, patutnya Utusan Malaysia akan biarkan je Husam menang. Sebaliknya, Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO telah memburuk2kan Husam dan meminta perwakilan PAS memelihara perjuangan PAS selama ini. Aik? Gila ke apa ni?

Takkan kita nak kena tipu hidup2 dengan percaturan media musuh yg selama ini sering menyerang ulama2 PAS?

Apakah percaturan UMNO-BN ini? Percaturan mereka ialah untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat sebelum tiba PRU-13, dan UMNO-BN tahu bahawa senjata terbaik untuk meruntuhkan komitmen PAS dalam PR ialah dengan menggunakan “orang dalam”, (bak kata TG Haron Din), iaitu org yg hatinya, fikirannya, tindaktanduknya, aktivitinya TIDAK menjurus kepada usaha memperkukuhkan PAS dalam PR. Bukan sahaja tidak berminat nak perkukuhkan PAS dalam PR, malah menjual nama Majlis Syura Ulama untuk menghalalkan pertemuan sulit dengan pimpinan UMNO-BN, disamping menipu AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan sendiri. Ini antara kekesalan Mahfuz Omar tentang penipuan "orang dalam". Boleh baca kat sini : http://gemasuara.blogspot.com/2008/07/surat-terbuka-mohon-maaf-daripada-ketua.html

Memandangkan “orang dalam” itu mempunyai KPI, prestasi yg sangat mandom di dalam parti dan sebagai ahli parlimen, maka perang saraf telah dilancarkan oleh penyokong2 “orang dalam”, kononnya “kepimpinan ulama terancam”, “erdogan vs ulama”, “ulama vs professional” dan macam2 lagi momokan. Tujuannya hanyalah untuk MENGALIHKAN perhatian perwakilan daripada menilai track record, report card, KPI dan merit calon2 yg bertanding.

Walhal TGNA dah banyak kali sebut bahawa isu itu tidak relevan kerana PAS sudah ada Majlis Syura Ulama untuk menjaga, memandu dan menasihati Majlis Eksekutif PAS sepanjang masa. Perlembagaan PAS juga telah menetapkan bahawa sesiapa sahaja boleh diangkat sebagai kepimpinan, kerana konsep kepimpinan ulama sudah didokong dengan kewujudan institusi Majlis Syura Ulama.

Gua dengar cerita, pada awalnya ramai la jugak perwakilan yg TERMAKAN dengan momokan2 yg dijaja oleh parasit2 dalam PAS. Tapi menjelang pemilihan ni, gua dengar ramai perwakilan dah tau duduk perkara yg sebenar, dan kebanyakannya rasa menyesal kerana telah termakan dengan hasutan yg takde asas.

Apapun, gua yakin Allah akan pelihara PAS dengan menyelamatkannya daripada menjadi mangsa percaturan “orang dalam” PAS dan “majikannya”(UMNO-BN).

Gua juga yakin UMNO-BN akan kecewa besar pada muktamar kali ni, apabila perwakilan membuat keputusan bijak untuk TIDAK mengundi calon pilihan Utusan Malaysia (Nasa), sebaliknya memilih calon yg DIBENCI oleh Utusan Malaysia (Husam).

Ucapan terakhir gua untuk “orang dalam” dan UMNO-BN :

Selamat tinggal UMNO-BN ke lembah kehancuran bersama fraksi2 mereka dalam PAS!!!

Selamat tinggal muqabalah!!!

Selamat menggigit jari kaki melihat perwakilan PAS memartabatkan Islam menjelang PRU-13!!!

8 comments:

Kepala Merah Berjambol said...

Kau ni same je dgn Nik Abdoh...konon tau dr sumber yg dipercayai...boleh blah...Kau sendiri dah tanya Ustaz Azizan dan Ustazah Nuridah ke? kalau belom macam mane ko boleh percaya? Kau dgn Nasrudin al-Tantawi same je...
Hidup Ustaz Nasha...Hidup Muqabalah...Hidup Ulamak...

Kudin Mansor said...

Takkan la gua nak dedahkan sumber maklumat gua.lu ni bodoh la.

Tak percaya,tanyala diorg.baru la tau siapa betul atau tak.

Malas gua nak layan troopers2 umno mcm lu ni.

Kepala Merah Berjambol said...

Antara sumber maklumat engkau dgn Ustaz Azizan,Ustazah Nuridah dan Mustafa Ali,siapa lebih kau percaya? Masalahnya kau malas dan tanak berusaha dapatkan maklumat sahih dari empunya badan...Kau lebih seronok percaya benda-benda sensasi dari mulut entah siapa dari mulut tuan badan...Lepas tu kau buat cerita karut sebar dalam blog...Sahih tak sahih kau campak ke jamban...Yg penting penyokong muqabalah kena taik...Kau same dgn Ustaz Mohd Daud al-Iraq..main terjah je...pukul rata tanpa bukti sah...fitnah lebih mudah dari menyelidik...Pas makin hancur dgn orang-orang macam ni...ke kau ni barua Umno menyelinap ke Pas?

Kudin Mansor said...

PAS makin hancur apabila fraksi2 umno dan geng2 pro muqabalah menjalankan aktiviti2 sulit dengan UMNO.

Inilah golongan yg perlu dibersihkan dari dalam PAS.nasihat aku, kalau dah kemaruk nak masuk umno, masuk je la.tapi jangan bawak PAS bsama.ok?

(^_^)

joostspring said...

hoi si kudin bangsat...

pas bkn hancur sbb org umno...

pas skrg hncur sbb anasir2 ALJUBuRI telah berakar umbi dlm pas..

org2 pas telah sedar perkara ni..jd org mcm kau ni telah reverse blk sgla fakta dan telah putar belit org2 pas..

haikal said...

...apa pun bila as-sunnah diketepikan maka terjadilah seperti yg kita dok serabut hari ini....

Anonymous said...

yg aku tahu,aku dan ramai geng dan aku percaya ahli PAS lain yg aktif akan lemah semangat bila ust nasa menang.nak naik balik kami serah pada geng2 ust nasa buat kerja.dulu bila nak buat kerja kami ni la buat semua fizikal work, depa dok lepak minum teh and biskut keringh kat markas.suruh depa pulak panjat pokok,aku pergi ngundi je.abih cite

Anonymous said...

Aku dah 25 tahu dalam PAS aku tak terkejut Pasai PA ALI Mai Kedah jumpa Azizan Sala (MB) atok stratiji) untuk jatuhkan Mad SaBU sebab depa tak mahu Mad sabu naik dan mahu NAZA sebab NAZA boleh kompromi dengan UMNO untuk dapat habuan Jawatan kalu PAS gabong dgn BN
Keporpularity Mad Sabu telah menengelamkan Azizan Sala.Sebab tu Mad sabu di tendang ke KT masa PRU 12.Ni semua ajinda tersembunyi yang di atok oleh PA ALI dan AZIZAN sala yang paling kuat cakap bohong.Tanya Hj Najib Fahmi yang pernah jadi setiaushanya masa Azizan Sala jadi Pesuruh Jaya,Sebab tu hj Najib letak Jawatan sebab tak tahan dengan perangai Azizan Sala ni,Bini muda Azizan sala orang tegganu le sebabtu dia dapat banyak pencalonan tim. Preseden.Tapi takut nak bertanding.PA Ali ni dah lama buat kerja kotor ni saya tak tekejut.