Gua terkejut gembira apabila tetiba gua tengok video sidang media TG Nik Aziz lepas seminar ulama baru ni. Ada beberapa ayat org tua tu yg buat gua teruja beb. Org tua ni mmg terus terang jek time dah dekat muktamar ni, takde kias2 dah.
Punyala lancar jek kempen kotor nak memenangkan nasha mat isa mgunakan slogan kosmetik "kepimpinan ulama", tetiba dah nak saat akhir, Nik Aziz kasi DIRECT HINT, sape yg mesti dipilih jadi timb presiden nnt.
Kenapa gua gembira? Lu org sume try tengok video gua letak sini. Dengar btol2 setiap patah kata org tua ni. Lg cun kalo korang dah ready ngan pensel :
[minit 00:40 hingga 01:40]"...dan saya...berasa yakin bahawa...kepimpinan yg akan naik ini...setelah kelantan sendiri lebih kurang 20 tahun pimpin negeri...1) hok yg duduk bersama saya ni..[Husam la,takkan Nasa kot] 2) dewan harian PAS [Husam lagi] 3) EXCO PAS [Husam laa], telah mereka itu mempraktikkan..kalau pelajar universiti, hujung tu kan dia ada, ada apa nama ni, ada praktik tu kan? Haa..orang-orang bersama saya ni 4) telah praktik Islam..5) dari segi akidahnya...6) dari segi ibadatnya..7) dari segi ekonomi islamnya, 8) dari segi bacaan politiknya..laguni (sebagaimana) ditulis dato dr ni (merujuk kepada Dr Haron Din)...9) dapat membaca...apa ni...bacaan-bacaan politik...Alhamdulillah, saya dengar khabar kata pada pertandingan kali ni, ada exco-exco kelantan..saya berasa gembira kerana orang ini [merujuk pada Husam la wei,takkan nasa kot] 10) telah mempraktikkan islam di kelantan..dan 11) mereka [Husam laa] mempunyai bacaan-bacaan politik yg betul.."
*yg kat dalam [ ] tu, gua translate suara hati org tua ni masa bagi statement ni..hehe
Bak kata Nik Aziz, perwakilan ni semua dah akil baligh dah..maknanya kalo perwakilan tak paham lagi apa yg dia cakap kat atas ni, tak tau la camne...
Sebelum DIRECT HINT ni dibuat, Nik Aziz dah berbuih mulut (bukan mcm shabery cheek) menjawab polemik yg ditimbulkan kononnya tak boleh pilih profesional sbg pemimpin.
Ni gua quote beberapa statement JELAS org tua ni dalam harakahdaily.
1) http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20595&Itemid=50
"...Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.
"Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.
"Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.
Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan FAHAMAN LAMA ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu."
2) http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20643&Itemid=28
"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya.
"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya.
Kata beliau dahulu PAS hanya dipimpin ulama, namun kini dianggotai profesional yang berlainan latar belakangnya.
3) http://mohdrashidi.blogspot.com/2009/05/antara-ulama-dan-profesional-hayati.html
Barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang dikategori sebagai ulama?
"Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Mereka semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga."
Kesimpulannya,
Hidup ulama' yg diasuh selama 30 tahun dibawah Nik Aziz!!!!(Husam laa, takkan nasa kot)
Hidup ulama anti-UMNO!!!(Husam laa, takkan nasa kot)
Hidup ulama yg bijaksana bacaan politiknya!!!(Husam laa, takkan nasa kot)
Hidup ulama yg bijaksana ekonomi islam!!!(Husam laa, takkan nasa kot)
Pikirla guna tempurung lutut korang...Adios
1 comment:
Wa org pertama komen kat blog lu. So wa kena dpt bilik khas taraf 5 bintang, haha.
Selamat b'blogging. Oh ye, letak la shoutbox sket tepi tuh, haha.
Post a Comment